CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 9 May 2012

Pengenalan Oblik

Objektif :

  • Mengetahui definisi lukisan oblik dalam lukisan kejuruteraan.
  • Dapat menggunakan dan memilih paksi atau sudut surut yang betul untuk melukis.
  • Penggunaan teknik dan ciri dalam lukisan oblik.
Tujuan :
  • Pelajar akan dapat memahami dan membina lukisan oblik dengan betul berdasarkan sudut yang tertentu supaya objek yang terhasil dapat terbentuk dalam pelbagai sudut surut dan akhirnya pelajar juga mengetahui ciri-ciri dalam lukisan oblik.

Apa itu lukisan oblik?

Lukisan oblik mempunyai satu permukaan yang rata dan satu permukaan yang bersudut. Oblik juga di kenali sebagai unjuran serong untuk membentuk objek berdasarkan sudut surut. Ia merupakan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.

Rajah 1
  • Rajah 1 di atas menunjukkan 3 paksi yang wujud dalam lukisan oblik iaitu paksi menegak, paksi mengufuk dan paksi surut.
  • Paksi surut adalah paksi yang penting untuk menghasilkan objek dalam lukisan oblik kerana terdapat 3 jenis sudut yang di gunakan iaitu 30 darjah , 45 darjah dan 60 darjah.
  • Untuk membina lukisan oblik, pelajar mestilah melukis kotak seperti rajah 1 mengikut sudut surut yang dipilih.

Bentuk objek dalam 3 sudut kedalaman pada paksi  surut 

  • Langkah 1 -> sudut 30 darjah

  • Langkah 2 -> sudut 45 darjah 
  • Langkah 3 -> sudut 60 darjah

# Keterangan bagi objek yang tiga sudut tersebut ialah :-
  1. Objek asal wujud pada sudut 30 darjah.
  2. Walaupun menggunakan objek yang sama, sudut kedalaman paksi surut bagi objek tersebut akan berubah sedikit mengikut kedalamannya seperti gambar rajah di atas.
  3. Maka, semakin besar sudut surut yang digunakan semakin nampak pandangan atas dan semakin nampak pandangan sisi objek.