CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 30 March 2012

Latihan lakaran unjuran


 Berdasarkan gambarajah di bawah , lakarkan pandangan ortografik dalam unjuran sudut ketiga dengan mengambil pandangan hadapan dilihat sebelah kiri.

Gambarajah 1

Gambarajah 2

Gambarajah 3


Lukisan unjuran ketiga

Unjuran Ortografik :-
  • Ortho bererti lurus bersudut tepat.
  • Grafik bererti tulisan atau lukisan.
  • Unjuran bererti memanjangkan.
Ciri - ciri unjuran sudut ketiga:-
  • Pandangan hadapan di sebelah pandangan sisi.
  • Pandangan atas di atas pandangan hadapan.
Kaedah garisan unjuran :-
  1. Penghasilan lukisan pelbagai pandangan menggunakan kaedah garisan unjuran dilakukan dengan melukis garisan unjuran yang dibantu dari satu  pandangan untuk menghasilkan pandangan yang lain.
  2.  Pemindahan unjuran dilakukan dengan menggunakan unjuran dari garisan bersudut 45 darjah atau melakukan unjuran dari pembinaan suku bulatan. 
  3. Garisan unjuran digunakan memindahkan ukuran, garisan ini perlu dipadamkan setelah selesai digunakan untuk mengurangkan kekeliruan semasa mendapatkan titik persilangan.
  4. Garisan unjuran ini harus digunakan sebagai garisan objek atau garisan tersembunyi.
  5. Kaedah yang lebih mudah ialah kaedah unjuran garisan 45 darjah atau dengan membuat salinan pandangan plan yang lengkap .
Gambarajah 1
         Berdasarkan gambarajah 1, untuk mendapatkan unjuran ortografik dengan tepat perlulah melihat tiga pandangan iaitu pelan (atas), sisi dan hadapan. Kita perlu membuat imiginasi berdasarkan blok tersebut supaya dapat memperolehi setiap pandangan yang dikendaki. 

          Gambarajah di bawah menunjukkan kedudukan unjuran mengikut setiap pandangan berdasarkan ciri-ciri unjuran ketiga.

Gambarajah 2

Gambarajah 3

Gambarajah 4

Gambarajah 5

Gambarajah 6

Unjuran ketiga


            Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. 


            Kedudukan pandangan sudut ketiga dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.




Unjuran Ortografik


Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan 
dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah 
menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik 
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i.              Unjuran sudut pertama
ii.      Unjuran sudut ketiga

Unjuran sudut pertama.

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah –satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada 
sudut tepat. Rajah 1 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 1: Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga 
mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada 
dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.

Rajah 2: Kedudukan satah dalam sudut pertama


Unjuran sudut ketiga.

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai 
unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata 
dunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang 
hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah 
yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah 
diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan 
objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah 
anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi 
objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai 
dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, 
seperti dalam rajah 3.

Rajah 3: Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan 
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik 
sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.


Rajah 4: Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan

Jenis-jenis pandangan




PELAN 
Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah di bawah.



HADAPAN
Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi  keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah berikut. Pemilihan arah ini juga diambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi. 



SISI
Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah di bawah .






Video Ortografik



Di sini kami ingin memaparkan dengan cara mudah menggunakan video bagaimana Unjuran Ortografik Sudut Ketiga.



Cara pembinaan mengikut  unjuran ketiga




Tuesday, 27 March 2012

Konsep unjuran ortografik

Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :

                      i.        Arah pandangan (hadapan)

Berdasarkan kepada konsep arah  pandangan, setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 1.


Rajah 1: Pandangan hadapan

Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas, seperti dalam 
rajah 2.

Rajah 2: Pandangan hadapan dan pandangan atas

Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek iaitu pandangan sisi kanan, seperti dalam rajah 3.

Rajah 3: Pandangan atas, hadapan dan sisi


Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah 4.


Rajah 4: Pandangan utama ortografik


ii.         Satah Unjuran.

Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah 5.

Rajah 5:Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik


                     i.     Objek ( benda yang dilukis )

Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah 6.


Rajah 6: Contoh objek

Simbol unjuran

Simbol unjuran digunakan sebagai membezakan unjuran sudut pertama dan sudut ketiga. Bentuk simbol unjuran adalah seperti gambar rajah di bawah yang dilukis berdasarkan saiz anggaran saiz dalam bentuk pecahan dimensi.

  • Simbol bagi sudut pandangan pertama : 




  • Simbol bagi sudut pandangan ketiga :



Daripada bentuk kedua-dua simbol unjuran tersebut, perbezaan dapat dilihat dari segi kedudukan bentuk kon di mana perbezaan tersebut dapat dilihat dengan cara :-

  1. Sudut pertama
  • sekiranya kedudukan kon berada di sebelah kiri pandangan hadapan ia menunjukkan unjuran sudut pertama.
     2. Sudut ketiga
  • sekiranya kon berada disebelah kanan pandangan hadapan menunjukkan unjuran sudut ketiga.






Pengenalan Ortografik

Lukisan Unjuran Ortografik dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.

Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :- 

Prinsip unjuran berpusat


Prinsip unjuran selari 


Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untak memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.

Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :

  1. Pandangan atas (pelan)
  2. Pandangan depan (hadapan)
  3. Pandangan sisi (samping)


                                                                        Pelan (y)
                                 Pandangan hadapan (z)                                     Pandangan sisi (x)

Pandangan Unjuran Sudut Pertama

Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.



Lukisan untuk sistem unjuran : 


Pandangan Unjuran Sudut Ketiga

 Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.



Lukisan untuk sistem unjuran :