PELAN
Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah di bawah.
HADAPAN
Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah berikut. Pemilihan arah ini juga diambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.
SISI
Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah di bawah .