Objektif :
Tujuan :
- Dapat mengetahui apa itu lukisan isometri.
- Paksi yang sesuai di gunakan untuk membentuk lukisan isometri.
- Mengetahui teknik lukisan isometri.
Tujuan :
- Unjuran isometri ialah satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D.
- Objek isometri ialah simulasi bentuk lukisan 3 dimensi dalam keadaan tidak sebenar.
- Objek yang dibentuk tiddak boleh dipandang dari satu sudut yang berlainan dalam membentuk pandangan perspektif seperti objek 3D sebenar.
ISOMETRI
- Merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik.
- Objek yang diputarkan pada sudut tertentu akan menghasilkan unjuran isometri yang semua sudutnya sama.
- Isometri adalah simetri di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah sama.
- Garisan isometri adalah garisan yang selari dengan paksi isometri.
- Rataan isometri adalah rataan yang selari dengan paksi isometri.
KONSEP
- Lukisan isometri yang mempunyai pandang 3 sisi yang di pandang dari segi panjang , lebar dan tinggi.
- Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, Y dan Z.
- Paksi X dan Y adalah condong 30 darjah dari paksi mendatar.
selain itu boleh layari http://www3.ul.ie/~rynnet/keanea/isometri.htm untuk mengetahui keterangan yang lebih mengenai lukisan isometri.
- Rajah di bawah adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan.
![]() |
Pandangan objek dalam bentuk isometri |