CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 9 May 2012

Pengenalan Oblik

Objektif :

  • Mengetahui definisi lukisan oblik dalam lukisan kejuruteraan.
  • Dapat menggunakan dan memilih paksi atau sudut surut yang betul untuk melukis.
  • Penggunaan teknik dan ciri dalam lukisan oblik.
Tujuan :
  • Pelajar akan dapat memahami dan membina lukisan oblik dengan betul berdasarkan sudut yang tertentu supaya objek yang terhasil dapat terbentuk dalam pelbagai sudut surut dan akhirnya pelajar juga mengetahui ciri-ciri dalam lukisan oblik.

Apa itu lukisan oblik?

Lukisan oblik mempunyai satu permukaan yang rata dan satu permukaan yang bersudut. Oblik juga di kenali sebagai unjuran serong untuk membentuk objek berdasarkan sudut surut. Ia merupakan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.

Rajah 1
  • Rajah 1 di atas menunjukkan 3 paksi yang wujud dalam lukisan oblik iaitu paksi menegak, paksi mengufuk dan paksi surut.
  • Paksi surut adalah paksi yang penting untuk menghasilkan objek dalam lukisan oblik kerana terdapat 3 jenis sudut yang di gunakan iaitu 30 darjah , 45 darjah dan 60 darjah.
  • Untuk membina lukisan oblik, pelajar mestilah melukis kotak seperti rajah 1 mengikut sudut surut yang dipilih.

Bentuk objek dalam 3 sudut kedalaman pada paksi  surut 

  • Langkah 1 -> sudut 30 darjah

  • Langkah 2 -> sudut 45 darjah 
  • Langkah 3 -> sudut 60 darjah

# Keterangan bagi objek yang tiga sudut tersebut ialah :-
  1. Objek asal wujud pada sudut 30 darjah.
  2. Walaupun menggunakan objek yang sama, sudut kedalaman paksi surut bagi objek tersebut akan berubah sedikit mengikut kedalamannya seperti gambar rajah di atas.
  3. Maka, semakin besar sudut surut yang digunakan semakin nampak pandangan atas dan semakin nampak pandangan sisi objek.


Konsep Unjuran dalam Lukisan Oblik


Konsep unjuran bagi kiub ditunjukkan dalam Rajah 1. Unjuran ortografik hanya menunjukkan satu permukaan dari satah unjuran. Ini adalah kerana arah unjuran berserenjang dengan satah dan membuatkan semua penjuru selari antara satu sama lain apabila dilihat dari satu titik tunggal.

Unjuran oblik mempunyai kiub permukaan selari dengan satah dan dua permukaan condong mengikut sudut unjuran condong. Ini memaparkan kiub dalam tiga dimensi dengan tiga permukaan. Untuk menunjukkan saiz sebenar objek, ukuran kedalaman perlu sesuai untuk meminimumkan kesan serong.


Rajah 1




Tuesday, 8 May 2012

Ciri-ciri oblik


  • Terdapat daripada permukaan yang selari dengan satah yang bersudut tegak.
  • Lukisan ini sesuai untuk objek yang pendek dan ketetapan setiap bahagian unjuran tidak berkadaran.
  • Objek boleh di putarkan pada sudut tertentu.
  • Lukisan oblik ini dapat di kelaskan kepada 3 iaitu :-
           1)   Unjuran Kavalier.
                  -  objek lakaran akan mengikut lakaran berskala penuh.
                  -  objek di lukis mengikut panjang yang asal pada objek sebenar.
                  -  menggunakan ukuran sebenar pada satah dan unjuran mengikut sudut surut yang dipilh.



           2)   Unjuran Kabinet.
                  -  lakaran objek menggunakan 1/2 daripada ukuran panjang sebenar.
                  -  ukuran panjang pada paksi surut sahaja yang dikurangkan.



           3)   Unjuran Am.
                  -  lakaran objek menggunakan 3/4 daripada ukuran panjang sebenar.




Kelebihan
  1. Lukisan oblik mudah di lukis berbanding lukisan isometri.
  2. Pelajar hanya perlu memilih satu sudut surut sahaja untuk melukis lukisan oblik daripada sudut 30 darjah, 45 darjah dan 60 darjah.
  3. Untuk melukis bulatan pelajar boleh menggelakkan dari melukis secara elips.
Kelemahan
  1. Tiada ketetapan penglihatan terutamanya pada objek yang panjang.
  2. Lukisan ini tidak sesuai untuk objek yang panjang.
  3. Dari sudut unjuran tersebut, maka objek akan wujud pada sudut ukuran yang besar dan bahagian unjuran yang pendek.
  4. Bagi sudut unjuran yang kecil, bahagian unjuran akan menjadi panjang.


Monday, 7 May 2012

Mengenal pasti ciri-ciri Lukisan Oblik

Lukisan Oblik mempunyai beberapa ciri penting seperti di bawah :

Garisan Oblik 
    
Garisan Oblik ialah garisan yang selari dengan mana-mana paksi oblik. Contoh garisan oblik AB, BC dan BH ditunjukkan dalam Rajah 9.1.

Garisan Bukan Oblik

Sebarang garisan yang tidak selari dengan mana-mana paksi oblik merupakan garisan bukan oblik. GF dan HI merupakan contoh garisan bukan oblik dalam Rajah 9.1.



Rajah 9.1 Ciri-ciri Lukisan Oblik




Sudut dalam Oblik

Sudut pada permukaan objek yang selari dengan satah unjuran hadapan adalah sudut benar (True Angle). Sudut ini boleh dilukis secara langsung berdasarkan sudut magnitud seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2. Manakala, sudut pada satah surut adalah sudut palsu (False Angle) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3.

 
Rajah 9.2 Sudut selari dengan garis unjuran hadapan



Rajah 9.3 Sudut selari dengan paksi menyusut (receding plane)


Bulatan Dalam Oblik

Bulatan yang selari dengan satah unjuran hadapan adalah sebuah bulatan bersaiz sebenar. Manakala sebuah bulatan  yang terletak di atas satah surut akan muncul sebagai elips. Contoh seperti dalam Rajah 9.4.


Rajah 9.4 Bulatan dalam oblik

Lengkuk Pada Oblik

Lengkuk yang selari dengan satah unjuran menunjukkan saiz sebenar. Rajah 9.5 menunjukkan lengkuk yang tidak selari dengan satah unjuran tetapi selari dengan satah surut. 


Rajah 9.5 Lengkuk Pada Oblik






jenis-jenis oblik


Saturday, 5 May 2012

Pengenalan Isometri


Objektif :

  • Dapat mengetahui apa itu lukisan isometri.
  • Paksi yang sesuai di gunakan untuk membentuk lukisan isometri.
  • Mengetahui teknik lukisan isometri.

Tujuan :
  • Unjuran isometri ialah satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D. 
  • Objek isometri ialah simulasi bentuk lukisan 3 dimensi dalam keadaan tidak sebenar.
  • Objek yang dibentuk tiddak boleh dipandang dari satu sudut yang berlainan dalam membentuk pandangan perspektif seperti objek 3D sebenar.

ISOMETRI
  • Merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik.
  • Objek yang diputarkan pada sudut tertentu akan menghasilkan unjuran isometri yang semua sudutnya sama.
  • Isometri adalah simetri di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah sama.
  • Garisan isometri  adalah garisan yang selari dengan paksi isometri.
  • Rataan isometri   adalah rataan yang selari dengan paksi isometri.
KONSEP
  • Lukisan isometri  yang mempunyai pandang 3 sisi yang di pandang dari segi panjang , lebar dan tinggi.
  • Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, Y dan Z.
  • Paksi X dan Y adalah condong 30 darjah dari paksi mendatar.


selain itu boleh layari http://www3.ul.ie/~rynnet/keanea/isometri.htm untuk mengetahui keterangan yang lebih mengenai lukisan isometri.

  • Rajah di bawah adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan.


Pandangan objek dalam bentuk isometri








Thursday, 3 May 2012

Unjuran isometri



Lukisan isometri vs Unjuran Isometri
  • Jarak yang jauh akan menyebabkan sesuatu objek akan kelihantan kecil.
  • Dapat dibezakan melalui ukuran sisi objek iaitu:-
  1. Lukisan isometri disiapkan menggunakan skala 1:1
  2. Unjuran isometri hanya menggunakan skala isometri iaitu skala khas 80% pada garisan isometri.
  • Kedua-dua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri.
Pembinaan Isometri 
  1. Lukis sudut garisan 45 darjah menggunakan pembaris dan tandakan ukurannya.
  2. Pada sudut lukisan yang sama, lukiskan garisan yang bersudut 30 darjah.
  3. Seterusnya pindahkan ukuran tersebut ke garisan 30 darjah.
  4. Maka, bentuk unjuran akan menjadi lebih kecil daripada bentuk asal.

  • Bentuk unjuran akan terbentuk seperti gambar rajah di bawah :-









Tuesday, 1 May 2012

Teknik Lukisan Isometri

Pembinaan Lukisan Isometri Pepejal Dengan Permukaan Flat.

  • Dimesi menegak dan mendatar adalah sama dengan garisan isometri.
  • Pembinaan tersebut adalah mengikut arah seperti gambar rajah di bawah.


Langkah untuk membina lukisan isometri
  • Langkah 1 
          ->  Lukis kotak saiz W (66mm), D (60mm) dan H (52mm) pada sudut 30 darjah.

  • Langkah 2
          ->  Membina objek dalam kotak isometri




  • Langkah 3
         -> Membentuk garisan yang seterusnya bagi menonjolkan objek yang seterusnya.

  • Langkah 4
         ->  Wujudkan lakaran garisan objek sebenar dan objek yang terhasil.