CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 27 March 2012

Konsep unjuran ortografik

Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :

                      i.        Arah pandangan (hadapan)

Berdasarkan kepada konsep arah  pandangan, setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 1.


Rajah 1: Pandangan hadapan

Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas, seperti dalam 
rajah 2.

Rajah 2: Pandangan hadapan dan pandangan atas

Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek iaitu pandangan sisi kanan, seperti dalam rajah 3.

Rajah 3: Pandangan atas, hadapan dan sisi


Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah 4.


Rajah 4: Pandangan utama ortografik


ii.         Satah Unjuran.

Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah 5.

Rajah 5:Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik


                     i.     Objek ( benda yang dilukis )

Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah 6.


Rajah 6: Contoh objek