CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 30 April 2012

Teknik Lukisan Isometrik : Kaedah yang melibatkan sebuah pepejal dengan permukaan condong



Pembinaan Lukisan isometrik sebuah Pepejal dengan Permukaan condong

Pembinaan lukisan isometrik sebuah pepejal dengan permukaan condong ditunjukkan di bawah. Dimensi sampingan condong diunjurkan kepada satah menegak dan mendatar.

Contoh:
Melukis lukisan isometrik sebuah pepejal dengan permukaan condong. 'A' adalah titik terendah dalam lukisan isometrik.


Ukuran




Langkah 1

Lukis satu kotak isometrik bersaiz ukuran D, W dan H.






Langkah 2


Lukis bentuk objek menggunakan ukuran q (20mm), p (20mm)  dan h (11mm) yang diberikan.


Langkah 3

Tandakan sisi condong dan lukiskan garis condong berdasarkan ukuran x, y, z dan w.


Langkah 4

Gariskan garisan objek













Teknik Lukisan Isometrik : Kaedah Kotak



Kaedah kotak


Pembinaan lukisan isometrik dengan menggunakan kaedah kotak dilakukan dengan menganggap bahawa objek itu terletak dalam kotak isometrik. Saiz kotak dibina menggunakan seluruh dimensi objek iaitu tinggi, lebar dan kedalaman objek.


Contoh :
Lukis satu lukisan isometrik berdasarkan pandangan ortografik yang diberi.

Ukuran :



Langkah 1 :

Lukis satu kotak isometrik dengan dimensi WH dan D.

Langkah 2 :

Gunakan ukuran x, y dan z pada kotak isometrik


Langkah 3 :

Lukiskan bentuk objek yang diinginkan dengan menghubungkan titik pertemuan yang diperlukan.


Langkah 4 :

Hitamkan/gariskan garisan objek yang sebenar


Selamat Mencuba
:)







Soalan isometrik



Bulatkan jawapan yang betul.

1         Lukisan isometrik juga dikenali sebagai…
A     Lukisan piktorial
B     Lukisan tiga dimensi
C     Lukisan ortografik
D     Lukisan objek

2         Lukisan isometrik menunjukkan objek dalam tiga dimensi iaitu…
I        Pelan.
II       Pandangan sisi.
III      Pandangan tepi.
IV      Pandangan hadapan.
A         I, II, dan III                  C     I, III, dan IV
B         I, II, dan IV                  D     II, III, dan IV


3         Pandangan pelan dikenali juga sebagai…
A       Pandangan atas
B       Pandangan sebenar
C       Pandangan tiga dimensi
D       Pandangan hadapan

4         Apakakah jenis gred yang sesuai digunakan untuk membuat lakaran isometrik?
A       H                                 C     2H
B       HB                               D     2B

5         Lakaran lukisan isometrik dapat dilukis dengan menggunakan kertas…
A       A4.                               C     grid kordinat.
B       Lukisan.                       D     grid isometrik.

6         Berapakah saiz ukuran kertas isogrid yang sesuai digunakan untuk melakar lukisan isometrik?
A       2 mm x 2 mm                C      4 mm x 4 mm
B       3 mm x 3 mm                D      5 mm x 5 mm














SELAMAT MENCUBA :)



Friday, 30 March 2012

Latihan lakaran unjuran


 Berdasarkan gambarajah di bawah , lakarkan pandangan ortografik dalam unjuran sudut ketiga dengan mengambil pandangan hadapan dilihat sebelah kiri.

Gambarajah 1

Gambarajah 2

Gambarajah 3


Lukisan unjuran ketiga

Unjuran Ortografik :-
  • Ortho bererti lurus bersudut tepat.
  • Grafik bererti tulisan atau lukisan.
  • Unjuran bererti memanjangkan.
Ciri - ciri unjuran sudut ketiga:-
  • Pandangan hadapan di sebelah pandangan sisi.
  • Pandangan atas di atas pandangan hadapan.
Kaedah garisan unjuran :-
  1. Penghasilan lukisan pelbagai pandangan menggunakan kaedah garisan unjuran dilakukan dengan melukis garisan unjuran yang dibantu dari satu  pandangan untuk menghasilkan pandangan yang lain.
  2.  Pemindahan unjuran dilakukan dengan menggunakan unjuran dari garisan bersudut 45 darjah atau melakukan unjuran dari pembinaan suku bulatan. 
  3. Garisan unjuran digunakan memindahkan ukuran, garisan ini perlu dipadamkan setelah selesai digunakan untuk mengurangkan kekeliruan semasa mendapatkan titik persilangan.
  4. Garisan unjuran ini harus digunakan sebagai garisan objek atau garisan tersembunyi.
  5. Kaedah yang lebih mudah ialah kaedah unjuran garisan 45 darjah atau dengan membuat salinan pandangan plan yang lengkap .
Gambarajah 1
         Berdasarkan gambarajah 1, untuk mendapatkan unjuran ortografik dengan tepat perlulah melihat tiga pandangan iaitu pelan (atas), sisi dan hadapan. Kita perlu membuat imiginasi berdasarkan blok tersebut supaya dapat memperolehi setiap pandangan yang dikendaki. 

          Gambarajah di bawah menunjukkan kedudukan unjuran mengikut setiap pandangan berdasarkan ciri-ciri unjuran ketiga.

Gambarajah 2

Gambarajah 3

Gambarajah 4

Gambarajah 5

Gambarajah 6

Unjuran ketiga


            Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. 


            Kedudukan pandangan sudut ketiga dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan.




Unjuran Ortografik


Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan 
dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah 
menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik 
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i.              Unjuran sudut pertama
ii.      Unjuran sudut ketiga

Unjuran sudut pertama.

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah –satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada 
sudut tepat. Rajah 1 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 1: Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga 
mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada 
dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.

Rajah 2: Kedudukan satah dalam sudut pertama


Unjuran sudut ketiga.

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai 
unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata 
dunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang 
hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah 
yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah 
diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan 
objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah 
anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi 
objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai 
dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, 
seperti dalam rajah 3.

Rajah 3: Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan 
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik 
sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.


Rajah 4: Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan